CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Search

How about this blog?

Sunday, October 4, 2009

Penyakit Taun

Penerangan mengenai penyakit taun atau nama lainnya kolera

Penyakit taun atau kolera merupakan penyakit akibat daripada jangkitan virus (kuman), vibrio cholera.

Salah satu punca bagaimana kuman taun boleh tersebar ialah melalui pengambilan makanan dari persekitaran yang kotor dan tidak terurus seperti pengambilan makanan yang dicemari kuman taun atau tidak dimasak .

Penyakit taun merupakan penyakit saluran penghadaman (intestinal tract) yang disebabkan oleh bakteria Vibrio cholerae. Virus ini biasanya ditelan melalui air minuman yang tercemar kerana pengendalian yang tidak bersih atau melalui ikan yang tidak dimasak dengan betul terutamanya kerang. Simptom termasuk cirit-birit ( diarrhea ), perut tegang (abdominal cramps), mual, muntah, dan kekeringan. Penyakit Taun dirawat dengan rehidrasi dan antibiotik, tetapi dalam kes teruk, taun boleh menyebabkan kematian.

Statistik Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan penyakit taun atau kolera telah menurun dari 1,304 kes (19 kematian) pada tahun 1998 kepada 365 kes (7 kematian) pada tahun 2002. Penurunan ini adalah petanda baik bahawa pendidikan dan penguatkuasaan yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan berkesan, namun pengguna harus sentiasa berwaspada terhadap tahap kebersihan dan keselamatan makanan mereka.

  • Sekitar sejuta virus Vibrio cholerae harus dihadamkan sebelum taun menjangkiti seseorang dewasa yang sihat, walaupun peningkatan jangkitan boleh diperhati pada mereka dengan sistem pertahanan diri yang lemah, mereka yang asid gastrik kurang (akibat penggunaan antasid), atau mereka yang kekurangan makanan.
  • Wabak taun terakhir di Amerika Syarikat adalah pada tahun 1911..
  • 1,099,882 kes dan 10,453 kematian dilapurkan di Hemisphere Barat antara Januari 1991 dan Julai 1995.
  • Secara purata, satu kes taun dilapurkan di Amerika Syarikat setiap minggu.

Vibrio cholerae menyebabkan penyakit dengan membebaskan toksin yang melumpuhkan fungsi GTPase pada protin G yang merupakan sebahagian pasangan penerima-protin G ( G protein-coupled receptor ) di dalam sel usus. Ini mengakibatkan protin G terkunci dalam "kedudukan terpasang" mengikat GTP (biasanya, protin G kembali "tertutup" dengan pantas dengan hydrolizing GTP kepada GDP). Protin G mengakibatkan adenylate cyclase menghasilkan sejumlah besar cyclic AMP (cAMP) yang mengakibatkan kehilangan cecair dan garam yang banyak pada lapisan perut.

Cirit-birit yang berlaku membenarkan virus tersebar kepada orang lain akibat keadaan yang tidak bersih. Pembawa gen penyakit Sistik Fibrosis (cystic fibrosis) dilindungi dari kesan taun teruk akibat mereka tidak kehilangan air dengan cepat. Ini menjelaskan jumlah tinggi cystic fibrosis dikalangan penduduk yang pernah terdedah kepada taun.

Kajian genetik terkini menunjukkan kecenderungan seseorang kepada taun (dan cirit-birit lain) bergantung kepada jenis darah mereka. Mereka dengan darah jenis O paling mudah dijangkiti. Mereka dengan darah jenis AB paling tahan, hampir kebal. Antara kedua melampau terdapat jenis darah A dan B, dengan jenis A lebih tahan berbanding jenis B

0 suggestions: