CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »
There was an error in this gadget

Search

How about this blog?

Sunday, October 4, 2009

Sejarah pencemaran air


Alam sekitar kita ini saling terikat antara satu sama lain. Perkara yang sama juga berlaku dengan pencemaran air. Pencemaran ini berlaku akibat daripada perbuatan manusia memusnah alam yang semakin lama semakin menjadi. Pengendalian dan penggunaan tanah yang salah akhirnya mengakibatkan tanah terhakis dan tanah ini akan memasuki ke dalam sungai dan akan mengakibatkan sungai menjadi berlumpur. Ada juga tanah yang dihanyut ke sungai dan kemudian memasuki ke dalam laut. Pembuangan sampah sarap di merata-rata juga akan terus dihanyut ke dalam sungai oleh air hujan. Fenomena tersebut dikenali sebagai air larian.

Pencemaran air ini sudah mula mengancam menusia dari dulu lagi, iaitu pada Zaman Neolitik. Kematian secara besar-besaran yang disebabkan oleh air yang tercemar telah berlaku pada Zaman Keagungan Rom. Ini merupakan kes kematian yang disebabkan oleh pencemaran air yang terawal pernah direkodkan. Orang Rom pada zaman itu telah membina sistem bekalan air yang canggih. Pada masa itu sebanyak lapan aqueduct (saliran air) telah dibina untuk menyalurkan air ke bandar itu. Sistem bekalan air ini bukan sahaja dibina di sekitar Rom malah di koloni-koloni mereka juga iaitu di Gaul, Sepanyol dan Ingggeris.

Kedua-dua aqueduct dan juga pembetung mula menghadapi kekurangan perhatian dan jagaan rapi pada kurun pertama A.D. Pada kurun ke-4, Zaman Orang Gasar, sistem pembentungan menjadi lebih teruk apabila ia tersumbat dengan lumpur dan juga sampah-sarap. Tanah pertanian yang dahulunya disaliri oleh Cloaca Maxima telah bertukar menjadi sebuah paya pembawa kuman penyakit yang kini dikenali sebagai Pontine Marshes, dan menyebabkan penyakit-penykit epidemik dan juga Malaria. Kesan-kesan ini mungkin sekali menyumbang kepada keruntuhan Tamadun Rom.

Dengan kejatuhan Tamadun Rom, langkah-langkah untuk mengekalkan kesihatan mulai dilupakan. Bandaraya pada Zaman Pertengahan Eropah mempunyai sistem pembetungan terbuka dengan sistem perparitan yang tidak sistematik dengan sedikit kawasan takungan dan tandas yang selalunya berdekatan dengan parit air. Pada akhir Zaman Pertengahan Eropah, keadaan yang tidak bersistematik ini telah membawa kepada "Black Death" di mana ia mungkin telah mengorbankan setengah hingga tiga perempat daripada populasi penduduk Eropah yang berlaku dari tahun 1348 hingga 1349. Keadaan ini sering kali berlaku di bandar-bandar Eropah sehingga ia pulih pada abad ke-19. Sungai digunakan sebagai pusat untuk pembuangan sampah sejak kewujudan manusia di dunia ini. Dengan ada penciptaan alat dan pembersihan sungai, sungai tidak diancam pencemaran yang lebih teruk sehingga tahun 1825.

Pada hari ini juga, sampah sarap yang tidak diproses dilonggokkan ke dalam sungai walaupun manusia tahu perbuatan ini boleh membahayakan dirinya sendiri. Pada masa itu juga, iaitu pada zaman pemerintahan Raja Richard II, Raja Inggeris dari tahun 1377 hingga 1399, baginda telah membina sebuah patung yang melarang supaya tidak mengalirkan air kumbahan ke dalam sungai yang berdekatan dengan bandar. Raja Henry VIII yang memerintah Inggeris pada awal kurun ke-16, juga menubuhkan ordinan yang berhubung dengan pencemaran air. Ramai rakyat tidak sedar bahawa air yang tercemar mungkin boleh jadi punca kepada penyakit yang menyerang pada masa itu. Di London, sebagai contoh, diserang oleh taun yang datang secara berkala. Dalam satu kejadian, ia telah meragut 50,000 nyawa manusia pada tahun 1831. Diikuti pula dengannya adalah disentri dan deman kepialu yang sering kali berlaku di kalangan masyarakat luar bandar.

Taun yang disebabkan oleh air yang tercemar telah juga membunuh 20,000 orang di London pada tahun 1849 dan 1953. Deman Kepialu yang menyebabkan individu itu lumpuh juga menyerang Utara Boston, New York pada tahun 1843. Di Plymouth, Pa., pada tahun 1885 dan di Hamburg, Jerman pada tahun 1892. Menurut Donald E. Carr dalam bukunya iaitu Death of the Sweet Waters menyatakan bahawa air yang dicemari oleh air kumbahan merupakan punca kepada tersebarnya deman kepialu dan taun yang mewakili 20% dalam kes-kes yang dilaporkan di hospital di India dan China. Penyakit lain yang merebak secara meluas adalah hepatitis yang berpunca daripada meminum air yang tercemar ataupun memakan kerang yang hidup di kawasan yang tercemar. India pernah diserang oleh hepatitis pada tahun 1956 tetapi tidak begitu banyak tersebar di Mississippi, New York, New Jersey dan Connecticut pada tahun 1961 di mana ia berpunca daripada kerang.

Kaitan di antara mikroorganisma, pembunuh yang terdapat di dalam air dan penyakit yang dibawanya telah membuka jalan kepada penciptaan penawar penyakit tersebut. Sebagai contoh Eberth menemui bacillus taun pada tahun 1880, Koch telah menjumpai kuman Kholera pada tahun 1883 dan Pasteur telah berjaya menjumpai penawar untuk manusia menentang penyakit anjing gila pada tahun 1885. Pada tahun yang sama juga Franklund telah memulakan rutin analisis biologi terhadap air yang disalirkan oleh syarikat air di London dan berupaya menunjukkan bahawa penurasan air melalui pasir boleh mengurangkan kandungan bakteria sehingga 98%.

0 suggestions: